Inspirasi Kisah Kejayaan Syafieqah Alya

Kali ini saya ingin berkongsi tentang kisah seorang gadis muda yang diberi nama Syafieqah Alya yang boleh dikatakan berjaya menguruskan kewangan beliau dengan baik sehingga berjaya mencapai impian kewangan beliau.

Pada usia yang muda, beliau berjaya memiliki 2 buah kereta, 3 buah hartanah serta tabung simpanan dan pelaburan yang kukuh.

Semua ini dicapai bukan melalui skim cepat kaya, menipu orang lain atau menyertai perniagaan MLM, tetapi lebih kepada pengurusan kewangan beliau yang baik.

Kalau anda masih belum mengenali beliau, boleh follow Facebook Syafieqah Alya di sini

https://www.facebook.com/syafieqah.cyka

Beliau banyak berkongsi tips pengurusan kewangan di FB beliau, jadi rugi kalau tak follow beliau.

Malah, perkongsian beliau juga banyak dikongiskan di laman-laman web terkenal.

Boleh baca antara perkongsian-perkongsian beliau di sini:

Plan kewangan 2017

Cara capai simpanan minimum RM 10,000

Tertib dalam kewangan

Cara kumpul duit kahwin dan beli rumah

Nak tahu tak macam mana Syafieqah Alya berjaya mencapai impian kewangan beliau?

Jom kita lihat kisah beliau di dalam video ini, yang pernah disiarkan dalam rancangan Ringgit Sense di TV3 pada 18 September lalu:

Boleh juga baca kisah tentang kejayaan Syafieqah Alya menerusi perkongsian-perkongsian yang berikut:

Sinar Harian: Gadis miliki tiga hartanah di usia muda

The Malay Mail Online: Gadis muda kumpul aset jutaan ringgit

The Vocket: Gadis bergaji kecil bergelar jutawan hartanah

Antara perkara-perkara penting yang dapat dipelajari daripada kisah kejayaan Syafieqah Alya adalah:

  • Tetapkan impian kewangan sejak dari mula. Rangka pelan untuk capai impian yang dikehendaki.
  • Gaji rendah bukan penghalang mencapai impian kewangan yang diimpikan. Yang penting, rajin berusaha dan bijak mengurus kewangan.
  • Mula dapatkan pendapatan seawal mungkin, Masa tengah belajar pun boleh kalau tahu cara yang betul.
  • Kalau rasa gaji daripada satu sumber tidak mencukupi, tambah cabang sumber pendapatan. Boleh buat kerja lebih masa, cari kerja sampingan, buat perniagaan kecil-kecilan.
  • Manfaatkan masa dengan lakukan aktiviti-aktiviti berfaedah yang boleh menambah pendapatan.
  • Pada peringkat awal, simpan sebanyak mungkin pendapatan yang diperoleh. Nanti senang untuk langkah seterusnya.
  • Boleh gunakan teknik paksaan untuk tanamkan disiplin menyimpan. Antara caranya, guna teknik financing ASB untuk paksa diri menyimpan dengan tetap.
  • Simpan duit di tempat yang memberikan pulangan yang baik. Antara tempat simpan duit terbaik adalah Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  • Ambil perlindungan insurans takaful dan pastikan dana kecemasan adalah mencukupi sebelum mulakan pelaburan.
  • Berjimat-cermat apabila berbelanja. Ikut kemampuan sendiri, jangan terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain.

So, macam mana?

Rasa terinspirasi dengan kisah kejayaan gadis muda ini?

Semoga kisah gadis muda ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk mencapai impian kewangan masing-masing.

Itu sahaja untuk perkongsian kali ini.

Jumpa lagi!

p/s: Kalau rasa perkongsian kali ini bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan di laman sosial anda ya! Terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s